Bujang Senang ke SMK Sematan

Skuad bimbingan Fuad Grbersik hari ini menghabiskan beberapa jam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan, Lundu bagi sesi bertemu peminat di sekolah berkenaan.

Pertemuan diilhamkan oleh seorang guru bernama Eleni Macrakis yang berasal dari Amerika Syarikat. Eleni yang bertugas di SMK Sematan dibawah program Fulbright English Teaching Assistant telah, pada bulan April lalu, menghubungi pihak kami di SarawakCrocs.com untuk maklumat berkenaan cara beliau boleh bekerjasama dengan Sarawak FA bagi mendapatkan skuad Bujang Senang untuk melawat sekolah beliau dan memberi inspirasi kepada anak murid beliau.

Pihak kami telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), dan lawatan hari ini adalah hasil daripada initiatif Eleni dan FAS.

Semasa melawat SMK Sematan, skuad Bujang Senang telah beramah mesra dengan pelajar dan guru di sekolah tersebut dan mengadakan sedikit latihan ringan bersama pemain-pemain bolasepak sekolah tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top