Bujang Senang didenda RM80K dan bermain tanpa penonton

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mendapati Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bersalah kerana melanggar ‘Article 70 para 1’ dan ‘Article 68 (c) & (e)’ FAM Disciplinary Code 2015’ pada tahun lepas dan tahun ini.

Keputusan tersebut telah dibuat pada Mesyuarat Tatatertib FAM pada 15 September 2015.

Kejadian dikatakan berlaku pada musim lepas apabila penyokong Sarawak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan persekitaran padang serta merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada perlawanan Piala Malaysia 2014 pada 30 Ogos 2014, perlawanan Liga Super 2015 Sarawak lwn Perak pada 20 Jun 2015 dan perlawanan Liga Super 2015 Sarawak lwn Felda United pada 27 Jun 2015, ketiga-tiganya berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Akibat daripada tindakakan tidak terkawal penonton tersebut, FAS telah diberi amaran keras dan didenda RM80,000 dan dikehendaki bermain dua perlawanan di Stadium Negeri tanpa penonton.

Sungguhpun demikian, FAM telah memutuskan untuk mengguna pakai ‘Article 35’ yang mana menyaksikan FAS hanya dikenakan hukuman bermain tanpa penonton untuk satu perlawanan sahaja.

Hukuman bermain tanpa penonton untuk perlawanan yang kedua adalah ditangguh namun akan dikuatkuasakan sekiranya Sarawak sekali lagi mengulangi kesalahan yang sama dalam tempoh enam bulan.

Jika ini berlaku, Sarawak akan dihukuman bermain tanpa penonton serta-merta.

Selain Sarawak, Selangor turut menerima denda RM31,250.00 kerana insiden yang membabitkan penyokong mereka.

Sumber: FAM

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top