Bujang Senang bakal lawan JDT tanpa Gilmar

Pasukan bolesepak Sarawak bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini tanpa kelibat penyerang import mereka, Gilmar Filho.

Menurut ketua jurulatih K Rajagobal, Gilmar masih lagi belum pulih dari kecederaan yang diterima semasa Sarawak menentang T-Team minggu lepas. Jurulatih berpengalaman itu mengakui beliau agak gusar tanpa kelibat Gilmar di dalam kesebelasan utamanya, namun enggan menyerah kalah kepada JDT sebelum perlawanan bermula.

Dalam pada itu, Rajagobal dijangka akan mengharapkan dua lagi penyerang import beliau yakni Ndumba Makece dan Junior Aparecido mampu menyinar malam ini. Kedua-dua pemain tersebut sudah menjaringkan tiga gol, dan dua gol masing-masing setakat ini, dan Rajagobal sudah pasti inginkan lebih banyak gol terhasil dari kedua-dua mereka.

Selain daripada itu, penyerang muda dari pasukan bawah-21 tahun, Tommy Mawat juga dijangka akan diberi kepercayaan untuk bermain di posisi Gilmar, walaupun seorang lagi pemain, Shreen Tambi berkemungkinan juga boleh diberi kepercayaan menggalas tugas tersebut.

Sarawak akan menentang JDT malam ini di Stadium Larkin, pada jam 9 malam.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top