Kempen #BolaTanpaMercun hari ini mendapat sokongan khas dari kapten kesayangan Sarawak, Shahrol Saperi, pemain berjersi nombor 16.
Shahrol dalam satu temubual ringkas bersama kami di SarawakCrocs telah menyatakan beliau amat menyokong kempen #BolaTanpaMercun kerana mercun boleh menggangu tumpuan pemain ketika berada di padang.
Ujar beliau, “Pembuangan mercun untuk meraikan Sarawak menjaringkan gol adalah amat tidak perlu kerana ianya membawa banyak faktor negatif”. Beliau menambah bahawa “Sorakan dan tepukan peminat sudah mencukupi bagi pemain ketika jaringan dibuat”.
Apabila ditanya lebih lanjut berkenaan ‘ganguan mercun semasa perlawanan’, Shahrol mudah menyatakan bahawa insiden dimana mercun mengakibatkan perlawanan terpaksa diberhentikan adalah yang paling teruk kerana berlaku situasi kemungkinan pasukan akan hilang fokus, dan kehilangan kemenangan akibat situasi tersebut.
Komen Shahrol ini bertepatan dengan insiden di Stadium Perak semasa perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia diantara Perak dan Sarawak, yang mana menyaksikan Perak bangkit menewaskan Sarawak 2-1. Insiden dikatakan telah berlaku apabila pemain Sarawak hilang tumpuan akibat letupan mercun yang melampau, yang sekaligus memaksa pengadil menghentikan perlawanan selama 15 minit.
Sharol juga meluahkan rasa hampa beliau dengan pemain mercun yang boleh mengakibatkan pihak persatuan, dan secara tidak langsung, pasukan Sarawak didenda oleh jawatankuasa tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tambah beliau, kemungkinan mercun terkena pasukan keselamatan, media, penyokong lain, serta anak-anak kecil juga amat menggusarkan beliau.
Di akhir temubual, Sharol menyeru bahawa peminat bersatu hati membanteras mercun ketika perlawanan, sambil berharap bahawa penyokong bolasepak, khususnya bolasepak Sarawak akan terus “memberikan sorakan dan tepukan”, kerana pada hemah beliau, “itulah yang paling bermakna bagi mereka sebagai pemain skuad Bujang Senang”.
Kempen #BolaTanpaStadium dimulakan oleh SarawakCrocs pada 1 September 2013 bagi tujuan memupuk kesedaran dan sekaligus melenyapkan mercun dari semua perlawanan bolasepak di Malaysia. Kempen buat masa ini mendapat sokongan padu lebih 30 ribu peminat bolasepak yang diwakili pelbagai NGO dan kumpulan. Untuk maklumat lanjut, layari: https://sarawakcrocs.com/kempen-bolatanpamercun