Bobby ditawarkan tempat oleh Ian sendiri

Bobby Gonzales telah ditawarkan tempat bersama pasukan Sarawak FA oleh Ketua Jurulatih Sarawak FA sendiri.

Menurut laman Fanskick, Bobby yang pada mulanya ingin berehat dari bola sepak selepas dilepaskan pasukan PKNS FC, telah dihubungi oleh pasukan Sarawak FA yang ingin mendapatkan khidmat beliau semula.

Sungguhpun demikian, beliau cuma mengambil serius permintaan tersebut selepas Ian menghubungi beliau sendiri.

Bobby kini sudah sah menjadi pemain Bujang Senang selepas nama beliau termasuk di dalam senarai 24 pemain pasukan Sarawak FA 2018.

Beliau yang telah juga mengharungi tiga perlawanan persahabatan Sarawak FA di Lembah Kelang baru-baru ini telah menjaringkan satu gol di dalam aksi tersebut, yakni di dalam perlawanan menentang UiTM FC..

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top