Seorang bekas ketua jurulatih pasukan Sarawak FA, Fuad Grbesic, telah menyelar kenyataan Ian Gillan berkenaan pemain muda Sarawak.
Menurut Fuad, beliau tidak pernah mendengar seseorang jurulatih berkata pemain ‘kekurangan IQ Bolasepak”.
Tambah beliau, pemain muda memerlukan bimbingan, dan pemain muda Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sememangnya berbakat, tetapi mereka kurang pengalaman.
Fuad turut menambah bahawa “untuk berjaya di dalam bolasepak, bukan sahaja bakat diperlukan, tetapi juga pengalaman”.
Komen Fuad hadir di ruangan komen Facebook kami pada berita berkaitan kekalahan Sarawak kepada Felda United malam tadi.
Komen Ian tersebut telah dipetik oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) selepas perlawanan persahabatan Sarawak menentang felda United, yang mana menyaksikan Felda menang 1-4.
Untuk makluman, Fuad kini beradi di Bosnia selepas kontrak beliau bersama FAS tidak disambung selepas ianya berakhir pada akhir 2016.