Pemain muda dari Miri, Gabriel Nistelrooy kini bersama pasukan Liga Primier Johor Darul Ta’zim II (JDTII).
Pasukan JDTII adalah pasukan simpanan kepada pasukan juara bertahan Liga Super, JDT FC.
Beliau yang diserap ke pasukan Piala Presiden JDT, yang dikenali sebagai JDT III musim lepas, kini telah ‘naik pangkat’ dan berlatih bersama pasukan JDT II.
Oleh itu, beliau dijangka akan bermain di dalam Liga Premier yang merupakan liga bola sepak profesional Malaysia.
Tambah menarik, Malaysia Football League (MFL) membenarkan pemain-pemain dari pasukan simpanan sesebuah kelab menukar pemain tanpa had sekaligus hadir kemungkinan Gabriel mungkin akan dipanggil untuk bermain untuk JDT FC di Liga Super pada musim ini jika hadir keperluan tersebut.
Gabriel yang kami hubungi memaklumkan beliau sememangnya kini menjalani latihan bersama pasukan JDT II dan sedang menunggu tawaran kontrak untuk bermain dengan JDT II.
Beliau mengesahkan dengan kami bahawa kontrak pada musim lepas adalah untuk untuk menyertai JDT III, dan kontrak beliau sedang dalam proses untuk diubah pada musim ini.
Gabriel juga menyatakan beliau amat teruja dengan peluang berkemungkinan dapat beraksi di Liga Super ataupun Liga Premier sekiranya tempat beliau di JDT II telah sah kelak.
“Saya merasakan ini adalah rezeki buat saya jika saya diberi peluang bermain di Liga Premier mahupun Liga Super.
“Jika diberi peluang tersebut, saya akan buat yang terbaik untuk pasukan saya” kata Gabriel ketika dihubungi kami.
Gabriel adalah pemain kelahiran Miri, Sarawak yang berjaya menambat hati JDT III pada musim lepas.
Jika diturunkan, beliau yang baru berumur 20 merupakan antara pemain paling muda dari Sarawak yang berjaya bermain untuk kelab Liga Premier yang bukan bertapak Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada Gabriel, dan kami ucapkan selamat maju jaya!