Bangga dengan pemain, tuah tidak menyebelahi

Penolong jurulatih Kuching FA, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah berkata beliau bangga dengan persembahan pemain-pemain beliau biarpun pasukan bimbingannya tewas 2-1 kepada UKM FC sebentar tadi.

Ahmad memberitahu pemberita bahawa pemain Kuching FA telah berusaha sehingga babak terakhir perlawanan.

Beliau dipetik berkata “Saya cukup berbangga dengan usaha-usaha pemain yang bertarung sehingga akhir wisel penamat” pada akhir perlawnaan.

Selain itu, Ahmad juga berkata bahawa bahawa semua posisi bermain dengan baik, dan Kuching cuma tewas kerana tuah tidak menyebelahi pasukan tersebut.

Ahmad turut memuji keupayaan dan dedikasi pemain gantian Kuching FA yang telah juga menunjukkan prestasi baik ketika perlawanan malam ini.

“Keseluruhan kepada saya, saya puas hati dengan pemain. Kita akan tingkatkan dari masa ke semasa” kata Ahmad ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu Ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin berkata bahawa pasukan beliau berjaya mencapai matlamat yang dihajati.

Sungguhpun demikian, Sulaiman mengakui bahawa banyak kelemahan ditunjukkan oleh pasukan beliau dan beliau juga perlu memperbaiki kelemahan yang dikesan.

Dalam perkembangan sama, Sulaiman juga berkata bahawa beliau terpaksa bermain tanpa dua pemain import malam ini susulan seorang pemain import beliau cedera, dan seorang lagi gagal mendapat sijil perpindahan sebelum perlawanan.

Beliau juga mengakui Kuching telah berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan beliau malam ini.

Kuching FA akan bertemu pasukan Kelantan di dalam aksi kedua Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top