Pasukan Sarawak United dijangka turun tanpa pemain pertahanan dan juga ketua pasukannya, Taylor Regan apabila Piala Malaysia bersambung minggu ini.
Menurut laporan akhbar tempatan, Taylor mengelami kecederaan dan akan direhatkan selama sebulan.
Kecederaan Taylor dikesan apabila kelab tersebut bertemu Selangor dalam aksi persahabatan baru – baru ini.
Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan dilaporkan mengesahkan keadaan Taylor dimana beliau menyifatkannya sebagai satu ‘igauan ngeri’ bagi pasukannya dalam laporan akhbar sama.
Elavarasan turut dilaporkan berkata ketiadaan Taylor sudah pasti akan memberi impak kepada barisan pertahanannya dan beliau akan terpaksa melakukan rombakan bagi menghadapi perlawanan Piala Malaysia yang akan datang.
Biarpun mengibaratkan kehilangan Taylor sebagai ‘igauan ngeri’, Elavarasan juga percaya pemain simpanannya boleh mengambil tempat Taylor dan melaksanakan tugas pertahanan dengan baik.
Sarawak United yang kini di puncak Kumpulan A bakal bertemu Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini.