Kelab Liga Super Sarawak United nampaknya semakin menarik perhatian penaja apabila jenama pita sukan, ATF Sports Taping, telah diumumkan sebagai penaja terbaharu kelab tersebut.
Jenis kerjasama atau tajaan ATF Sports Taping, serta jumlah tajaan jenama tersebut tidak diketahui, namun jenama tersebut cukup terkenal di kalangan ahli sukan Malaysia.
Antara kelab bola sepak lain yang pernah ditaja oleh syarikat tersebut adalah Terengganu.
Dalam perkembangan sama, Sarawak United juga telah mengumumkan bahawa penajaan jenama tersebut akan ‘meningkatkan kesedaran ahli sukan tentang betapa pentingnya pita sukan untuk prestasi dan pemulihan seseorang atlet.”