Rakyat Malaysia kini diberi peluang memilih logo yang dirasakan sesuai untuk mewakili skuad bolasepak kebangsaan, yang dijenama semula sebagai Harimau Malaysia.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan laman web tempat undian boleh dibuat bagi lima pilihan logo terakhir seperti yang dipaparkan dibawah.

Bagi yang berminat untuk mengundi, anda boleh ke laman web ini sekarang. Selain daripada membuat undian, rakyat Malaysia boleh juga membaca maksud setiap logo yang dipilih.
Proses pengundian adalah agak rumit dimana pengundi perlu mengesahkan setiap undi yang mereka buat melalui email. Ini adalah dibuat bagi memastikan setiap undi adalah tulin dan tidak wujud penggunaan ‘bot’ bagi menambah undi.
Undian boleh dibuat di dalam tempoh 12 hari sahaja, yakni tamat pada 3 April.




