Jurulatih Sarawak Robert Alberts telah dilaporkan oleh akhbar New Sarawak Tribune sebagai telah memberi amaran kepada penjaga gol Sarawak Sani Anuar dan pertahanan kental Ronny Harun.
Menurut akhbar berkenaan, Robert telah memaklumkan kepada kedua-dua pemain yang mereka perlu beraksi lebih baik dan mengurangkan kesilapan di dalam permainan mereka, atau mereka akan digantikan dengan pemain lain di dalam dkuad Bujang Senang.
Tambah Robert, tempat Sani boleh diganti oleh Mohd Fadzley, manakala tempat Ronny sebagai pemain pertahanan boleh diambil alih oleh Hairol Mokhtar.
Sungguhpun demikian, Robert menegaskan bahawa beliau tidak akan merehatkan pemain utamanya hanya kerana ianya dicadangkan oleh pelbagai pihak sambil menegaskan bahawa tindakan merehatkan pemain boleh membawa kesan negatif terhadap keyakinan seseorang pemain.
Robert bagaimanapun berkata bahawa pemain utama beliau akan direhatkan jika mereka secara berterusan melakukan kesilapan yang sering kali membawa padah kepada pasukan kendaliannya.
Sarawak akan bertemu JDT malam ini di Stadium Larkin.
PROMOSI: Dapatkan baju “Always Sarawakian” di http://goo.gl/UchqBB