Sungguhpun memenangi perlawanan ‘pasukan teratas’ Liga Perdana pada Jumaat lepas, jurulatih Sarawak Robert Alberts enggan anak buahnya mendabik dada.
Beliau dipetik akhbar tempatan sebagai berkata bahawa perjalanan liga masih jauh, dan Sarawak belum pasti lagi memenangi perlawanan yang bakal tiba jika bermain sambil lewa.
Menurut akhbar The Star Sarawak, Alberts turut menyentuh berkenaan kesukaran berhadapan pasukan seperti Betaria FC yang mana wujud kecenderungan pemain mengambil mudah akan perlawanan, dan kelekaan seperti ini biasanya mengundang padah.
Dalam pada itu, Alberts dipetik oleh akhbar The Borneo Post sebagai menyatakan “Sarawak masih perlu bekerja keras bagi memastikan mereka bukan sahaja kembali ke Liga Super pada tahun hadapan, tetapi juga memenangi Liga Perdana”.
Sarawak bakal bertemu pasukan PDRM FC pada hari Isnin ini di Stadium Hang Jebat, Melaka.