Alasan logo baharu Harimau Malaysia tidak digunakan pada kit 2016

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan bahawa logo baharu pasukan Harimau Malaysia tidak digunakan pada kit/jersi baharu pasukan kebangsaan atas sebab teknikal.

Menurut FAM, kit serba hitam Harimau Malaysia ini telah mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014, dan ianya dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike.

FAM menambah bahawa proses ‘merekabentuk kit tersebut sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan, sekaligus menyaksikan kit tersebut siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016.

Memandangkan kit Malaysia hanya dilancarkan hari ini, maka penggunaan logo tersebut tidak dapat dibuat kerana produksinya telah berlangsung lama sebelum ianya dilancarkan.

Tambah FAM, “dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan seperti yang biasa dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015”.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top