Adenan mahu ‘scouting team’ terbaik untuk Sarawak

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah memaklumkan ahli exco baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bahawa beliau mahukan lebih banyak ‘anak Sarawak’ bermain untuk pasukan Bujang Senang.

Menurut Adenan, timbul keperluan untuk FAS mencari bakat bolasepak baharu diperingkat akar umbi agar mereka boleh diketengahkan menjadi pemain profesional.

Beliau dikatakan berkata demikian kepada ahli exco FAS yang baharu semasa kunjungan hormat terhadap beliau di Wisma Bapa Malaysia.

Adenan bukanlah nama yang asing di dalam bolasepak Sarawak kerana beliau sendiri telah hadir di beberapa perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Bujang Senang di Stadium Negeri.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top