Pasukan ABC Club muncul juara Piala Limbang 2018 setelah menundukkan Awat-Awat FC di Kompleks Sukan Limbang petang tadi.
ABC Club selaku juara bertahan mendapat tentangan yang hebat dari Awat-Awat FC sekaligus menyaksikan aksi yang sengit disajikan kepada para penonton.
Kedua-dua pasukan saling membalas serangan, namun keampuhan pertahan masing-masing menyelamatkan keadaan.
Akhirnya, perlawanan 90 minit berkesudahan tanpa jaringan. Hal ini telah mengheret perlawanan ke pusingan sepakan penalti.
ABC Club mengesahkan kejuaraan kali kedua berturut-turut apabila menundukkan Awat-Awat FC dengan jaringan 5-4 menerusi sepakan penalti.
Kemenangan mereka disaksikan oleh presiden FAS, Posa Majais dan lagenda bolasepak Sarawak, Awang Mahyan.
ABC Club membawa pulang piala pusingan, medal wang tunai sebanyak RM5,000.
Gambar: Arena Bolasepak Limbang