Ketua Pegawai Operasi Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd memaklumkan bahawa sebanyak 80,000 keping tiket akan dikeluarkan dan diedarkan kepada pasukan serta ejen sah tiket atas talian.
“Sebanyak 30,000 tiket dewasa 750 tiket kanak-kanak berbentuk fizikal masing-masing akan diagihkan kepada Kedah dan Perak.
“Manakala tiket atas talian sebanyak 18,000 dewasa 500 kanak-kanak akan dibuka dan dijual
“Harga tiket bernilai RM50 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan kaedah penjualan tiket di negeri masing-masing,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Shazli mewakili MFL turut menasihatkan penyokong-penyokong Perak dan Kedah menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
“Kemudahan parkir juga terhad apabila jangkaan ketibaan sebanyak 200 buah bas masing-masing dari Kedah dan Perak di Stadium Nasional.
“Jadi kepada penyokong yang menggunakan pengangkutan sendiri seperti kereta atau motorsikal, mereka disarankan menggunakan kemudahan awam.
“Ini kerana Prasarana Malaysia Berhad telah memberikan jaminan mereka akan melanjutkan jadual pengangkutan awam sehingga jam 12.30 malam selepas aksi final Shopee Piala FA 2019.
“Jadi bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam disarankan parkir kenderaan masing-masing di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights serta Maluri,” ujarnya.
Kedah dan Perak akan bertembung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 27 Julai depan untuk aksi final Piala FA 2019.