61% merasakan tindakan FAS melepaskan Grassi satu kesilapan

Tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) melepaskan pemain pertahanan Davide Grassi daripada kontrak setahun beliau setelah baru lima bulan bersama Sarawak mendapat maklum balas agak negatif daripada peminat bolasepak Sarawak.

Mengikut satu tinjauan ringkas yang dijalankan SarawakCrocs di twitter, sebanyak 61 peratus daripada 108 peminat merasakan tindakan FAs tersebut adalah satu kesilapan.

Di Facebook, pendapat juga turut berbeza-beza dengan beberapa peminat merasakan Grassi bukan seorang sahaja patut dipersalahkan di atas keputusan kurang memberangsangkan Sarawak.

Sarawak telah mengesahkan mereka akan mencari pemain import baharu yang dijangka tiba minggu hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top