5 Perkara Kita Tahu : MSL 2016 Matchday 1

1. Musim bulan madu sudah berakhir – Cabaran sebenar bermula
Setelah dijamu dengan pelbagai pre-season HYPE, King Gobal dan anak-anak buah berhadapan dengan realiti dan cabaran sebenar dengan kekalahan di tempat lawan malam tadi. Keputusan-keputusan positif dalam perlawanan pra musim tidak berjaya diterjemahkan kepada perlawanan malam tadi; malahan PDRM yang mempunyai rekod yang agak buruk dalam pra-musim telah mengejutkan pasukan Ngap Sayot.

Seperti dijangka gabungan serta sistem baru yang cuba diterap oleh King Gobal masih jauh daripada prestasi sebenar namun sudah semestinya masih boleh digilap dan diperbaiki. Bak kata pujangga terkenal, ” Liga Masih Panjang”.

2.Penguasaan bola tidak memenangkan perlawanan
“Ball possession does not win you a football match, but GOALS do.”
Kenyataan di atas sangat tepat merujuk kepada persembahan pasukan kita malam tadi. Penguasaan bola hampir 70% terutama sekali pada separuh masa kedua tidak diterjemahkan kepada gol. Hanya dua percubaan berbahaya daripada Partiban dan Juninho dapat dihasilkan daripada penguasaan bola. King Gobal harus memberi penekanan kepada efficiency penguasaan bola pada perlawanan seterusnya.

3. Persembahan pemain import kunci utama
Empat pemain import baru membuat aksi sulung untuk Sarawak malam tadi. Daripada keempat-empat pemain, Makeche paling nampak menyerlah dengan larian-larian deras ke dalam kotak penalti dan kerap mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Makeche sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah dikasari (sehingga koyak rabak jersi no 9 beliau), namun tidak diendah oleh penjaga garisan mahupun pengadil. Gilmar mencuba sehabis baik untuk hold the ball, namun gerakan beliau ada kalanya agak perlahanan dan beliau sendiri telah mensia-siakan peluang terbaik pasukan seawal minit ke-4 perlawanan. Grassi menampilkan ketenangan dalam mengawal barisan pertahanan. Masih terlalu banyak untuk dibuktikan oleh Juninho. Sebagai playmaker pasukan, saya boleh sifatkan persembahan beliau hanyalah sederhana. Mempunyai close control yang baik, namun sangat kurang dalam menghantar through balls atau hantaran yang tepat kepada Gilmar-Makeche. Beliau wajib meningtkatkan lagi kualiti permainan setaraf dengan fungsi beliau sebagai nadi pasukan.

Bagi PDRM pula, Ashfaq Ali sekali lagi membuktikan betapa pentingnya mempunyai import yang sangat berkualiti dalam kempen Liga Super. Bermain dengan tenang, mengawal rentak serangan PDRM; beliau dengan mudah meledak jaingan gol malam tadi, Kita mengharapkan barisan import kita dalam menjelmakan sekurang-kurangnya prestasi ala Ashfaq Ali untuk membantu pasukan dalam baki saingan Liga Super.

4. ‘Squad Depth’ masih isu utama
Antara masalah utama pasukan Sarawak musim lepas ialah squad depth. Kita mungkin mempunyai kesebelasan terbaik, namun harus disokong oleh barisan simpanan yang ampuh. Daripada pengamatan saya, masalah ini masih belum diselesaikan sepenuhnya. Pemain gantian yang menggantikan kedua-dua Ashri dan Partiban ( Akmal untuk Ashri, Shahmie untuk Partiban) tidak menunjukkan prestasi terbaik malam tadi. Diharapkan dengan pulihnya Shahrol daripada kecederaan dan kesediaan Syahrul Azwari untuk beraksi, akan memulihkan sedikit isu Squad Depth King Gobal.

5. Era Baru; Era KING GOBAL
Walaupun memulakan era baru dengan langkah kiri, K Rajagobal memberi sedikit harapan untuk para penyokong. Corak permainan yang berbeza daripada 4 tahun di bawah kendalian Robert Alberts, memberi nafas baru untuk Sarawak. Aksi malam tadi menampakkan usaha King Gobal untuk mengubah corak permainan Sarawak kepada possesion- build up play. Short passsing lebih diutamakan dalam membuat gerakan serangan. K Gurusamy mungkin akan menjadi pemain paling bernilai untuk Sarawak jika terus menunjukkan prestasi terbaik seperti malam tadi. Hantaran-hantaran tepat daripada position deep lying midfielder kepada pemain sayap ialah antara senjata utama kita. Partiban yang pada awal musim lepas teruk dikecam, telah meneruskan prestasi cemerlang daripada kempen Piala Malaysia 2015. Banyak gerakan berbahaya pasukan dimulakan oleh Partiban daripada sebelah kanan padang. Larian yang pantas serta hantaran lintang merupakan aset utama Partiban dan seharusnya digunakan sebaiknya oleh Sarawak.

Cabaran seterusnya ialah menentang Felda United di Kuching. Sarawak tidak boleh sesekali memandang rendah keupayaan The Settlers setelah mereka menewaskan Kedah 2-0 malam tadi, satu keputusan yang boleh dianggap sebagai upset terhadap Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia.

Masih banyak yang wajib diperbaiki dan diperhalusi oleh King Gobal. Kami percaya akan pengalaman dan kebolehan King Gobal untuk mengecapi kemenangan pertama musim ini.

Ps : Kredit kepada para penyokong dan balow-balow yang tidak pernah menghampakan dalam memberi sokongan kepada pasukan terutama sekali ketika bermain di tempat lawan. Sokongan dan dorongan anda sewajibnya dibalas dengan kemenangan oleh King Gobal dan anak-anak buahnya.

Ditulis oleh UltraCrocs

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top