Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dijangka akan mengekalkan sehingga 15 pemainnya untuk musim 2017.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KFA, 15 pemain termasuk pemain import, Sandro Mendonca masih berbaki semusim kontrak, dan usaha sedang dilakukan untuk terus mengekalkan Rizal Ghazali dan Syazwan Zainon.
Tambah KFA, Pengurus Kedah, Dato’ Jeffrey Low Han Chow dan Jurulatih, Tan Cheng Hoe giat memancing beberapa pemain lagi bagi menguatkan skuad mereka musim hadapan.
Dalam pada itu, KFA turut mengumumkan bahawa Azmeer Yusoof telah menolak tawaran yang dibuat oleh KFA, dan Shafizan Hashim, Mohd Sabree Mat Abu, Amar Rohidan, Mohd Shazuan Ashraf Matthews dan Mohd Alif Fadhil Ismail tidak ditawarkan kontrak baharu.
Latihan pra-musim 2017 pasukan bolasepak Kedah apan bermula pada 27 November.
Makluman: Ingin bermain futsal/bolasepak di kawasan anda? Periksa Kalendar Bolasepak Malaysia untuk pertandingan berdekatan anda!