Bahagian Sibu bakal mendapat padang bola sepak sintetik dalam masa terdekat.

Padang tersebut akan dilengkapi dengan lampu limpah dan dibina di atas tanah seluas 3.3. ekar di kawasan perumahan Permai Jaya dan ianya akan menelan kos RM2 juta.

Turut akan dibina di kawasan padang bola sepak sintetik Sibu itu adalah bilik persalinan, tempat letak kereta dan tandas awam.

Apabila siap kelak, ianya akan menjadi padang bola sepak sintetk dengan kemudahan lampu limpah yang pertama di zon tengah Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata bahawa kos pembinaan padang tersebut telah diluluskan semasa mesyuarat Mesyuarat Pelarasan Pelaksaan Projek RTP DUN N.55 Nangka.

“Ianya akan menjadi padang bola sepak sintetik pertama dengan kemudahan lampu limpah di zon tengah Sarawak. Ini sudah pasti berita baik kepada pemain bola sepak khususnya di Sibú.” kata Annuar kepada akhbar Borneo Post.

“Majlis Perbandaran Sibu (SMC) kini dalam proses menyediakan spesifikasi yang perlu dan ianya akan dibuka untuk tender. Ini adalah projek kerajaan Sarawak.

Annuar juga menjelaskan bahawa kini hanya terdapat dua padang bola sepak di Sibu – padang penjara dan Stadium Tun Ahmad Zaidi.

“Cuma padang penjara sahaja yang sesuai digunakan untuk pertandingan kerana padang Stadium Tun Ahmad Zaidi perlu dibaik pulih kerana ianya dalam keadaan teruk dan berbahaya.

“Saya berharap kerja baik pulih padang berkenaan boleh dibuat tidak lama lagi.

“Stadium Tun Ahmad Zaidi sebenarnya telah dipasang lampu limpah bari – baru ini namun lampu tersebut tidak sesuai untuk kejohanan pada sebelah malam dan hanya boleh digunakan untuk sesi latihan” jelas Annuar lagi.