Pasukan utama Sarawak United hari ini tampil ke sebuah hospital swasta di Bandaraya Kuching bagi melakukan ‘swab test’ yang juga dikenali sebagai ujian saringan bagi Covid-19.

Menerusi gambar yang dikongsi di media sosial, pemain dan pegawai pasukan tersebut kelihatan beratur di tepi hospital berkenaan sambil menunggu giliran untuk menjalani ujian calitan yang dijalankan oleh pegawai perubatan yang dilantik.

Anatara yang dilihat turut menjalani saringan tersebut adalah pemain import Demerson Bruno.

Turut kelihatan ketika swab test tersebut dilakukan adalah media tempatan.

Lulus ujian calitan Covid-19 merupakan antara syarat bagi sesebuah pasukan Liga Malaysia memulakan sesi latihan bagi menyambung musim bola sepak 2020 kelak.

Selain ujian tersebut, pasukan Liga Malaysia juga dikehendaki memastikan venue latihan mereka mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kuching FA telah mendapat kelulusan memulakan latihan seminggu yang lepas selepas semua pemain dan pegawainya lulus ujian saringan Covid-19 dan pasukan tersebut telah dengan jayanya melaksanakan SOP yang diminta pihak MKN.