Penyerang dari Brazil Kuching FA, Bryan Jones telah diberi nombor 33 untuk musim Liga Premier 2020.

Menurut maklumat yang diperolehi oleh kami, Jones yang berusia 30 tahun itu telah berjaya didaftarkan oleh pihak Kuching FA sebagai pemain baharu pasukan tersebut sebelum jendela perpindahan Liga Malaysia ditutup 15 Mac lepas.

Jones yang diambil bagi mengantikan Leonardo Passos Alves yang cedera, merupakan penyerang ke-6 diambil oleh pasukan Kuching FA, selepas pasukan Liga Premier tersebut turut mengambil mantan penyerang Sarawak FA, Hudson Dias.

Selain dua pemain import tersebut, empat lagi pemain Kuching FA yang disenaraikan sebagai penyerang adalah Joseph Kalang Tie, Suffizal Ismail, Paul Sambang dan Hafis Saperi.

Kuching FA kini hanya mengutip 1 mata di Liga Premier daripada empat perlawanan.

Pasukan yang dibimbing Akira Higashiyama itu perlu mula menang apabila Liga Premier bersambung kelak jika mahu mencapai sasaran untuk kekal di Liga Premier musim hadapan.