Pasukan Sarawak FA telah banyak kali mengambil pemain dari Malaya (Semenanjung Malaysia) untuk menyarung jersi hitam merah pasukan tersebut.

Skill individu, pengalaman, serta siz badan yang lebih besar pemain – pemain Malaya ini memberikan mereka sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan pemain kelahiran Sarawak dahulu.

Tambah menarik, ada dianatar pemain Malaya ini tidak menyinar ketika bermain bersama pasukan di Malaya, tetap telah benar – benar menyinar apabila mewakili Sarawak FA.

Jika diperhatikan, tidak pernah ada pasukan yang 100% anak jati Sarawak memenangi piala di peringkat national, sekaligus membuktikan kepentingan pemain – pemain kelahiran Malaya ini kepada pasukan Bujang Senang. Kehebatan pemain – pemain ini apabila bersama Sarawak telah me

Di sini, kami kenang balik beberapa pemain yang telah mencipta nama apabila mereka bermain bersama pasukan Sarawak FA.

4SHAMSURIN ABDUL RAHMAN

Penyerang kelahiran Melaka Shamsurin Abdul Rahman menaikkan namanya apabila bermain bersama pasukan Sarawak FA.  Beliau yang digandingkan dengan John Hunter adalah antara penyerang paling berbisa Sarawak FA.

Semasa bersama Sarawak FA, Shamsurin telah menjaringkan 32 gol daripada 81 perlawanan.  Beliau telah meninggalkan Sarawak FA pada tahun 1999 selepas memenangi Piala FA, Piala Sumbangsih dan Liga Premier bersama Sarawak FA.

Back