Sarawak FA sering mendapatkan khidmat pemain – pemain dari benua Afrika sebagai pemain import.

Rekod menunjukkan Sarawak FA telah mengambil pemain dari negara Ghana, Zimbabwe, Liberia, Burkina-Faso, Cameroon, South Africa, Lesotho, dan Guinea-Bissau.

Kebanyakan pemain Afrika yang diambil oleh Sarawak FA pada era 90-an merupakan pemain tengah dan penyerang.  Sunguhpun demikian baru – baru ini, Sarawak FA dilihat gemar mengambil pemain pertahanan dari benua tersebut.

Pengambilan pemain dari benua Afrika ada sebabnya. Mereka bukan sahaja mempunyai  tubuh yang besar dan gagah, tetapi juga mempunyai skill bermain bola sepak yang padu.

Kehadira mereka di dalam pasukan Sarawak FA dilihat penting bagi mengimbangi pasukan Sarawak FA yang biasanya mempunyai pemain – pemain tempatan yang bersaiz agak kecil.

Oleh itu, di sini kami menyenaraikan tiga pemain dari benua Afrika yang popular di kalangan peminat pasukan Sarawak FA.

3NEATHAN GIBSON

Pemain Zimbabwe ini menyertai Sarawak FA dari 1995 – 1996. Beliau merupakan ‘mesin gol dari Afrika’ terhebat pernah dimiliki Sarawak FA.

Rekod menunjukkan Gibson berjaya menjaringkan 19 gol daripada 39 perlawanan yang beliau mainkan bersama Sarawak FA.

Gibson dengan berat hati meninggalkan Sarawak pada tahun 1996 dan beliau telah menyertai beberapa kelab Eropah sebelum akhirnya memasuki arena pengurusan bola sepak.

Back