PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Ianya bukan rahsia lagi semalam, namun hari ini, bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, yang juga merupakan pegawai teknikal skuad kebangsaan, Ong Kim Swee, telah mengesahkan sendiri bahawa beliau akan menjadi ketua jurulatih pasukan Sabah FC.

Kim Swee dalam satu ciapan berkata beliau akan menggalas tugas tersebut bermula Oktober ini, sekaligus menyaksikan Kim Swee mengemudi Sabah untuk kempen Piala Malaysia kelak.

Promosi RM1

Dalam ciapan sama, Kim Swee menyatakan beliau akan bekerjasama dengan pasukan Sabah untuk membawa kejayaan kepada peminat kelab tersebut.

Beliau juga menyatakan beliau mempunyai banyak kenangan manis bersama Sabah yang pernah beliau wakili sebelum ini.

// DAPATKEN JERSI SABAH MURAH

Kim Swee pernah dikaitkan dengan Sabah sebelum ini namun kehadiran beliau sebagai ketua jurulatih Sabah hanya khabar yang tidak pernah menjadi kenyataan sehingga kini.

Kehadiran Kim Swee di Sabah menyaksikan semua pasukan Borneo Malaysia yang bertanding di Liga malaysia kini memiliki ketua jurulatih yang ternama.

Kelab Sarawak United kini dilatih E Elavarasan, dan Kuching City dilatih Irfan Bakti, dua jurulatih yang sememangnya tidak asing lagi dalam bola sepak Malaysia.