Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencadangkan agar pemain – pemain pasukan Piala Belia dan Piala Presiden diserap ke pasukan negeri bagi memastikan pemain – pemain berpotensi tidak keciciran.

Surat FAM kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan menyatakan bahawa Seketariat Agung FAM mencadangkan agar pemain – pemain Piala Presiden dan Piala Belia yang berpotensi diserap terus ke pasukan Liga Premier 2020 dan had umur bagi pertandingan Piala Presiden dinaikkan ke 22 tahun.

Jelas surat yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalinggam itu, cadangan ini adalah untuk memastikan pemain – pemain Piala Presiden dan Piala Belia yang berpotensi tidak tercicir dari saingan dari Liga Malaysia.

Ianya juga dicadangkan setelah mengambil kira kesinambungan kerjaya pemain – pemain di dalam dua pertandingan itu.

Dalam pada itu, FAM telah meminta maklum balas dari semua ahli jawatankuasa pertandingan tempatan untuk melaksanakan cadangan – cadangan yang ada, dan keputusan akhir akan dibuat berlandaskan maklum balas yang diterima oleh badan induk bola sepak Malaysia itu.