11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kuching City telah menamatkan penggunaan kemudahan pasukan JDT, dengan kelab tersebut kini kembali ke venue asal mereka di Kuching untuk perlawanan terakhir kelab tersebut pada 10 November kelak.

Dalam mengulas kemudahan yang disediakan oleh JDT untuk kelab muda tersebut, ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, menyatakan pasukannya amat bernasib baik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail, berkenan memberi ruang kepada pasukannya untuk menggunakan kemudahan JDT sepanjang mereka berkampung di Pasir Gudang.

SHOPEE

Beliau menganggap bahawa bermain dan menggunakan kemudahan JDT adalah ‘satu keseronokan’ kepada pasukannya sambil beliau menilai kemudahan yang disediakan ‘bertaraf kelas pertama.’

“Nasib baik TMJ memberi kami ruang dan kemudahan yang boleh kami anggap kelas pertama terutamanya padang latihan.” kata Irfan.

“Kami anggap Pasir Gudang ni ‘home kami-lah, walaupun ianya di Johor. Bermain di Pasir Gudang adalah satu keseronokan kepada kami.” jelas Irfan lagi.

>> LIHAT KEY CHAIN ISTIMIWE KUCHING CITY

Dalam perkembangan sama, Irfan juga turut memuji kemudahan yang disediakan oleh JDT sebagai kelas pertama dan pasukannya benar – benar berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

“Tak ada pasukan, bukan saya nak bodek TMJ, tapi kemudahan yang ada, khususnya padang, kelas pertama.

“Padang mana sahaja yang kami pergi, kelas pertama. Jadi betul, kepuasan kami di Pasir Gudang yang paling utama adalah kemudahan, khususnya padang. Kelas pertama!” ujar Irfan lagi.

Kuching City telah sebelum ini menggunakan Stadium Pasir Gudang sebagai venue tempat sendiri mereka untuk hampir semua perlawanan tempat sendiri yang perlu mereka adakan dalam Liga Malaysia 2021.