‘Adik-adik’ kepada pasukan Sarawak United A semakin terserlah selepas Sarawak FA yang memanggil diri mereka Sarawak United II – SUII) dan Sarawak United C (SUC), yang merupakan pasukan Belia Sarawak United menewaskan lawan masing-masing di dalam perlawanan pra-musim mereka kelmarin.

Di Radia Arena Bukit Jelutong, pasukan bimbingan Ketua Jurulatih dari Uganda Sam Timbe rancak membelasah pasukan GCartel – Uni-Help FC, 3-0.

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Perlawanan yang diadakan di sebelah petang itu menyaksikan SUII menjaringkan gol pada minit ke 32 melalui Shahzry sebelum Arif menjaringkan dua gol pada minit ke-70 dan 80.

Kemenangan SUII dilihat penting sebagai pembangkin moral pasukan tersebut yang akan membuka kempen Liga Malaysia mereka menentang Red Spade United FC bagi perlawanan Kelayakan Piala FA pada Sabtu ini, 15 Hebruari 2020.

Perlawanaan yang dijadualkan di Stadium Ampang Jaya dijadualkan bermula pada jam 4:15PM.

Tidak jauh dari itu, pasukan bwah-21 tahun Sarawak United FC, pasukan SUC pula berjaya menewaskan pasukan bawah-21 tahun PDRM FA.

Gol SUC dijaringkan oleh Muhammad Dzul Ikram Bin Rajeli seawal minit ke-5, sebelum Rosziele Roba meletakkan pasukan bimbingan Ahmad Fairuz Yunus dua gol di hadapan.

Iskandar Shah Bin Mohd Jamil Kilin melengkapkan kemenangan bergaya pasukan SUC pada minit ke-67, sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan yang bertapak di Kuching itu.

Pasukan SUC akan bertemu pasukan bawah-21 Negeri Sembilan di Serembang, Sabtu ini untuk satu lagi perlawanan pra-musim.