Pasukan Malaysia semakin hampir memintas pasukan Singapura berdasarkan ranking kelab kelab bola sepak Asia dibawah naungan AFC.

Ranking ini adalah berdasarkan jadual yang dikemaskini oleh FootyRankings.

Malaysia yang naik satu anak tangga pada awal bulan lepas kini di kedudukan ke-19, dengan Singapura berada di kedudukan ke-18 Asia.

Kedudukan Malaysia di dalam kedudukan kelab – kelab bola sepak Asia itu didorong oleh kemenangan 2 – 1 Juara Liga Super 2019, JDT FC ke atas Suwon Samsung Bluewings pada akhir Februari lalu.

Menurut ranking tersebut, Thailand diletakkan sebagai negara Asia Tenggara dengan ranking tertinggi, dengan Filipina berada di kedukan kedua.