Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kini cuba untuk membatalkan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu tuntutan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus.

Tindakan itu dibuat dengan membuat rayuan kepada FIFA melalui Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

FIFA sebelum ini telah meminta KAFA menjelaskan tunggakkan gaji berjumlah RM629,620.28 kepada Casio dalam 30 hari dari bermula 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan “KAFA juga memohon penangguhan pembayaran denda sehingga keputusan rayuan diputuskan namun CAS masih belum memutuskan sama ada permohonan ini dibenarkan atau tidak.

“Sekiranya (permohonan) dibenarkan, KAFA diberi tempoh untuk membuat bayaran sehingga keputusan terbabit diputuskan,” katanya.